◉ HEADLINES

GISBH: Fokus utama pulihkan kanak-kanak, kembalikan ke pangkuan keluarga: Mohd Na’im

Langkah pemulihan itu turut melibatkan pakar bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat kembali dalam masyarakat dengan sejahtera, selain mengurangkan risiko trauma akibat menjadi mangsa GISBH

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha pemulihan bagi kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan kemahiran, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain usaha kepada pemulihan mangsa, fokus juga terarah untuk mengembalikan kanak-kanak terbabit kepada ibu bapa dan keluarga masing-masing.

Beliau berkata langkah pemulihan itu turut melibatkan pakar bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat kembali dalam masyarakat dengan sejahtera, selain mengurangkan risiko trauma akibat menjadi mangsa GISBH.

“Semua pendekatan (pemulihan) ini memerlukan kesungguhan dan komitmen pelbagai pihak bagi memastikan kanak-kanak berkenaan tidak terabai dan dapat kembali menjalani kehidupan yang normal dalam masyarakat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Mohd Na’im menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar) berhubung usaha pemulihan bagi kanak-kanak GISBH terutama risiko trauma.

Menjawab soalan asal Zakri mengenai langkah kerajaan menangani isu GISBH, Mohd Na’im berkata kerjasama strategik yang menyeluruh antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta majlis agama negeri-negeri terus diperkukuh.

Beliau berkata antara langkah menangani isu melibatkan GISBH termasuk penyelarasan fatwa berhubung ajaran pengikut gerakan itu, penguatkuasaan undang-undang, pemulihan mangsa dan ahli serta pemantauan berterusan aktiviti GISBH. – 18 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related