HEADLINES

Penduduk Kota Bharu bersengkang mata pantau paras Sungai Kelantan

Mereka berkumpul di satu lokasi tarikan pelancong menghadap ke Sungai Kelantan sejak beberapa hari lalu sambil merakam video dan membuat hantaran di laman media sosial masing-masing

1:53 PM MYT

 

KOTA BHARU – Bimbang air sungai melimpah dan menyebabkan pusat bandar Kota Bharu lumpuh, penduduk di sini sanggup bersengkang mata memantau paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja di sini.

Mereka berkumpul di satu lokasi tarikan pelancong yang menghadap ke Sungai Kelantan sejak beberapa hari lepas sambil merakam video dan membuat hantaran di laman media sosial masing-masing.

Nasrol Rosli, 25, berkata sudah tiga malam dia berada di kawasan berkenaan bagi memantau paras air sungai dan berkemungkinan terus berbuat demikian setiap malam sehingga cuaca kembali seperti biasa. 

“Sudah beberapa hari hujan menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir. Saya dan beberapa rakan datang ke sini setiap malam bagi membuat pemantauan hingga pagi serta akan memberi makluman kepada pihak berkuasa jika keadaan semakin buruk. 

“Rumah saya terletak di Kampung Cina tidak dinaiki air, namun saya cuba untuk berada di sini setiap hari bagi mengetahui paras air di sungai ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Mahriz Afandi, 36, berkata meskipun stesen Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang memantau paras air di Tambatan D’raja, dia tetap berada di situ kerana ingin melihat sendiri situasi banjir. 

“Kawasan rumah saya di Pasir Tumbuh sudah dinaiki air tetapi rumah saya masih selamat. Saya akan terus berada di sini kerana tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan Bernama pagi ini mendapati hujan masih berterusan dan orang ramai tetap  berkunjung ke Tambatan D’Raja walaupun banjir sudah mencapai ketinggian kira-kira 0.5 meter. 

Selain itu, angin kencang turut tidak menghalang orang ramai datang sendiri untuk melihat situasi terkini di sini.

Menurut portal Jabatan Pengaliran dan Saliran setakat 8 pagi ini, paras air di  Sungai Kelantan mencapai paras bahaya di Tambatan D’Raja iaitu setinggi 5.58 meter. 

Pada Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya hingga hari ini, di seluruh Kelantan dan Terengganu serta daerah Kuantan dan Jerantut di Pahang. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related