◉ HEADLINES

PLKN 3.0 dilaksanakan ikut acuan negara, tidak ikut negara lain

Ia berikutan ada ada segelintir pihak yang mempersoalkan kenapa PLKN 3.0 tidak menetapkan 100% latihan ketenteraan sebaliknya hanya 70%

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan akan mengikut kesesuaian dan kehendak negara serta tidak mengikut acuan mana-mana negara luar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana sesetengah negara mempunyai acuan tersendiri berdasarkan risiko dan ancaman yang dihadapi.

Tambahnya, format latihan dibuat berasaskan ancaman dan risiko yang wujud di negara ini.

“Kita juga ada cabaran, cabaran kita dari segi nak pupuk perpaduan dalam negara yang masyarakatnya majmuk.

“Jadi kita ikut cara kita lah. Kita tak ada ancaman macam mereka (Korea Utara dan Korea Selatan),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanan) di Putrajaya, hari ini.

Khaled turut mengakui ada segelintir pihak yang mempersoalkan kenapa PLKN 3.0 tidak menetapkan 100% latihan ketenteraan sebaliknya hanya 70%.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara sebelum ini, Kementerian Pertahanan memaklumkan mulai tahun 2025, program itu akan membawa pembaharuan dengan struktur kurikulum baharu yang lebih ketara, dengan komposisi 70% untuk Latihan Asas Ketenteraan dan 30% untuk Kenegaraan.

Pelatih PLKN juga akan turut didedahkan dengan kemahiran asas keusahawanan dan asas Technical and Vocational Education and Training (TVET) untuk masa hadapan peserta sebelum mereka menamatkan latihan.

Bagaimanapun pada Khamis, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan supaya kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0 itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata syor berkenaan diputuskan selepas menghadiri taklimat Kementerian Pertahanan serta Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) pada 3 Disember lalu.

“Sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka JKPK berpendapat satu kajian lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu,’’ katanya. – 7 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related