HEADLINES

Bersatu bahagian Shah Alam tidak jadi bubar

Hasrat untuk membubarkan Bersatu bahagian Shah Alam tidak dilakukan selepas calon ketua bahagian itu mendapat sokongan daripada perwakilan

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu bahagian Shah Alam membatalkan hasrat untuk membubarkan bahagian berkenaan.

Calon ketua bahagian itu, Mohamad Fadzil Ahmad berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau mendapat sokongan daripada 10 cawangan dengan 75 perwakilan memberikan sokongan padu kepadanya.

“Tadi perwakilan Bersatu Shah Alam memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam Bersatu.

“Seramai 75 perwakilan yang hadir secara sebulat suara menolak keputusan untuk membubarkan Bersatu bahagian ini serta menolak hasrat calon dan ketua-ketua cawangan meninggalkan parti,’’ katanya dipetik dari Malaysia Gazette.

Fadzil berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Terdahulu, isu mengenai pembubaran berkenaan mendapat perhatian ramai malah sidang media dikatakan akan diadakan petang tadi bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, bekas ahli jawatankuasa bahagian Shah Alam, Mohamad Anuar Giman mendakwa akar umbi dan 10 cawangan termasuk bekas pemimpin di peringkat bahagian kecewa dengan penangguhan pemilihan barisan pimpinan baharu bagi penggal 2025-2027.

Anuar mendakwa surat pembatalan dikeluarkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lewat malam tadi.

Pemilihan peringkat bahagian Bersatu Shah Alam pada 2 November lalu ditangguhkan susulan insiden rusuhan akibat pertikaian terhadap tempoh masa kiraan undi melibatkan 128 perwakilan serta keraguan ke atas jumlah kertas undi.

Laporan media menyebut perwakilan yang tidak berpuas hati telah membuka undi tersebut hingga menyebabkan ia dirampas dan dibawa ke balai polis sehingga siasatan terhadap pemilihan itu selesai.

Ketika itu, pemilihan ketua bahagian itu melibatkan persaingan antara Fadzil dan Mohd Idris Abdul Halim.

Dalam pada itu, Anuar yang juga Ketua Bersatu Kampung Kebun Bunga, memberitahu beliau akan melihat kepada situasi akan datang disebabkan ada perwakilan yang masih berbelah bahagi mengenai situasi Bersatu di kawasan itu.

“Ada di kalangan kami perwakilan yang masih berminat dengan parti dan ada yang sudah putus asa dengan parti,” katanya dalam sidang media sama. – 14 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related