HEADLINES

Salim Fateh Din dilantik semula Pengerusi MCMC

Di bawah pentadbiran beliau, MCMC merekodkan prestasi kewangan terbaik sehingga kini

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac ini.

Lanjutan tempoh jawatan Salim, yang dijangka tamat pada 28 Februari ini, dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam.

Salim, pertama kali memegang jawatan berkenaan pada 1 Mac 2023, sebelum ini adalah Ahli Lembaga MCMC dan Pengerusi Interim mulai Jun 2022 hingga Disember 2022.

Di bawah kepimpinannya, MCMC telah menunjukkan prestasi kewangan terbaik sehingga kini malah ada 2023, suruhanjaya itu merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM1.13 bilion.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 38% daripada RM820.6 juta pada 2022.

Perbelanjaan operasi juga berkurang dengan ketara, menurun sebanyak 21% daripada RM524.8 juta pada 2022 kepada RM412.7 juta tahun lepas, menunjukkan pengurusan sumber yang lebih cekap.

MCMC, di bawah bimbingan Salim, juga menjalankan perjanjian strategik dengan syarikat-syarikat seperti Korea Internet and Security Agency, Blackberry Limited dan Microsoft Malaysia.

Usaha kerjasama ini bertujuan antara lain, untuk memperkukuh pembangunan dalam landskap keselamatan siber dan kecerdasan buatan Malaysia.

Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi MCMC, Salim, 65, juga merupakan ahli panel perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Beliau juga merupakan pengasas kumpulan Gapurna Sdn Bhd sebelum berkhidmat di MRCB, pernah memegang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif di Giant Malaysia dan British American Tobacco (Malaysia) Bhd, serta pernah mempengerusikan Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan.

Pada bulan November, Salim dilantik sebagai profesor adjung di Universiti Multimedia untuk tempoh dua tahun, menonjolkan pengalaman luasnya serta sumbangan pentingnya kepada sektor komunikasi dan multimedia. – 17 Disember 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related