HEADLINES

Pempengaruh media sosial hina institusi diraja, PM disiasat: Razarudin

Permohonan reman terhadap lelaki itu ditolak mahkamah susulan pempengaruh itu telah membuat permohonan maaf menerusi akaun TikTok miliknya

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis selepas didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat jelik, memperlekehkan dan menghina institusi diraja serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, lelaki berusia 22 tahun itu, didakwa berbuat demikian menerusi akaun TikTok telah ditahan di rumahnya di Johor, Selasa lepas, susulan laporan daripada seorang pengadu.

“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jelasnya, lelaki terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekehkan dan menghina institusi diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi selain berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata permohonan reman terhadap lelaki itu ditolak mahkamah susulan pempengaruh itu telah membuat permohonan maaf menerusi akaun TikTok miliknya.

“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial itu memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim makan di sebuah restoran di Johor Bharu yang didakwa tidak mempunyai sijil halal.

Selepas mendapat kecaman di media sosial, pempengaruh tersebut membuat permohonan maaf dan video berkaitan kenyataannya memfitnah institusi diraja serta pemimpin negara itu sudah dipadam. – 19 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related