HEADLINES

Kerajaan teruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara: Anwar

Perdana Menteri menjelaskan keputusan itu dicapai Jemaah Menteri semalam

2:38 PM MYT

 

SUBANG – Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan keputusan itu dicapai Jemaah Menteri semalam, dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.

“Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Disember lepas turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

“Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember dan 1 Januari depan,” katanya dalam sidang media di sini.

Memetik laporan Bernama, Anwar berkata langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup

Pada masa sama, Anwar berkata langkah itu sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep Ihsan.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan bantuan PKKP diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember ini kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Pemberian PKKP ini adalah kesinambungan daripada bantuan yang mula diberikan pada Julai 2023. – 21 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related