HEADLINES

Polis kesan ada individu jual pil ekstasi RM50 sebiji dalam konsert Pinkfish

Polis tidak menafikan ada individu-individu yang berlegar di dalam konsert untuk menjual pil ekstasi

1:35 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis sedang mengenalpasti individu yang menjual pil ekstasi di dalam konsert Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada malam sambutan Tahun Baharu, yang menyebabkan kematian empat pengunjung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan dipercayai menjual pil berkenaan pada harga RM50 sebiji, yang selalunya dijual dalam pakej dengan tiga pil berharga RM100.

Namun katanya, tidak dinafikan ada yang membelinya dari luar dan ada yang membeli dalam premis berkenaan.

“Siasatan mendapati mereka semua menggunakan pil ekstasi dan ada yang minum alkohol. Jadi kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk tahu sebab kematian.

“Ada yang dapat (dadah) daripada luar dan ada juga yang beli dalam premis tersebut jadi kita tidak menafikan ada individu-individu yang berlegar di situ untuk menjual pil ekstasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Jelasnya, polis juga akan memanggil pihak penganjur, pasukan first aid dan individu yang merawat mangsa di hospital bagi menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, siasatan polis mendapati tujuh individu termasuk empat yang meninggal dunia selepas menghadiri Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada malam sambutan Tahun Baharu, mengambil pil ecstasy.

Semua tujuh mangsa tidak hadir bersama-sama di konsert tersebut tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

Hussein sebelum ini berkata dua pesakit masih menerima rawatan di ICU dan seorang lagi telah dicaj keluar dari hospital.

Konsert itu dihadiri 14,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan konsert kelolaan mereka bebas anasir dadah walaupun terdapat kehadiran pihak polis dalam kawasan sekitar konsert.

“Pihak polis hadir tapi kehadiran polis lebih kepada pemantauan di luar, pastikan dalam keadaan aman.

“Mereka (penganjur) kena kawal pengedaran dadah dalam premis tersebut sebab benda tu berlaku dalam premis yang tertutup bukan open area,” katanya. – 3 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related