◉ HEADLINES

Penyanyi dikir barat, suami dan empat individu lain mengaku bersalah ambil dadah

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pil kuda berkenaan

7:29 PM MYT

 

NARATHIWAT – Seorang penyanyi dikir barat wanita bersama suaminya serta empat individu lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, bersama suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta Eridieka Mohd Noor, Mohamad Alif Deraman dan Nur Aida Mamat masing-masing berumur 33 tahun, dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di sebuah pekan di Sungai Golok di sini.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pil kuda berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

Hakim Yuan turut memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti kukuh untuk membuktikan mereka tidak memiliki dadah terbabit sebelum perbicaraan dijalankan.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan tambahan, iaitu memasuki Thailand secara tidak sah tanpa dokumen perjalanan atau pasport.

Mahkamah juga menetapkan 11, 12 dan 14 Feb ini untuk perbicaraan manakala prosiding jatuh hukum dijangka berlangsung pada awal Mac nanti.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam Thailand yang dilantik mereka.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 Nov tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda. – 14 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

◉ Related