HEADLINES

Kepingan ayam dalam ‘sandwic ham’ ada sijil halal Jakim: syarikat pengeluar

Shake and Bake Cafe Sdn Bhd memaklumkan kepingan ayam yang digunakan dalam sandwic itu mempunyai sijil halal Jakim

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Syarikat pengeluar roti sandwic kontroversi, Shake and Bake Cafe Sdn Bhd memaklumkan bahan mentah yang digunakan dalam ‘sandwic ham’ itu mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam kenyataannya, Shake and Bake memberitahu, bahan yang digunakan dalam sandwic berkenaan ialah roti, keju dan kepingan ayam.

“Kami juga mengesahkan pada 10 Januari 2025, jam 12.00 tengahari, pegawai-pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jakim telah datang ke kilang.

“Kini ia dalam siasatan KPDN dan Jakim.

“Kami berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KPDN dan Jakim dalam siasatan ini,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 Januari lalu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam kenyataannya berkata, hasil maklumat awal mendapati premis itu merupakan sebuah kilang yang membuat dan membekalkan produk roti sandwic serta menggunakan penandaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disyaki tamat tempoh.

Pemeriksaan lanjut, katanya mendapati logo halal yang dilekatkan pada produk roti sandwic itu ialah logo yang diperakukan kepada sebuah syarikat lain.

Terdahulu Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh membangkitkan mengenai sandwic ham yang diragui status logo halal yang dijual di kedai serbaneka KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM).

Dalam tindakan segera, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd telah membekukan semua urusan perniagaan dengan pembekal yang didakwa membekalkan sandwic yang mengandungi logo yang diragui di salah satu cawangannya di Universiti Malaya (UM).

KK Super Mart dalam kenyataannya memberitahu produk sandwic itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, dan laporan polis turut dibuat ke atas syarikat itu pada 11 Januari lalu. – 15 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

Related