HEADLINES

Pemilihan PKR bagi cabang, pusat sesi 2025-2028 akan bermula Mac ini: Fuziah

Pemilihan itu akan memberikan tumpuan kepada undian secara e-voting bagi memudahkan proses dan meningkatkan kecekapan

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermesyuarat hari ini telah menetapkan tarikh bagi pemilihan cabang dan pusat untuk sesi 2025-2028 mulai Mac ini.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Fuziah Salleh memberitahu, pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Cabang bermula 14 hingga 16 Mac ini.

Manakala pemilihan Cabang, Wanita serta Angkatan Muda Cabang akan diadakan mulai 11 hingga 20 April.

“Pencalonan jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita Pusat dan Angkatan Muda Pusat pada 3 hingga 4 Mei ini.

“Pemilihan pusat bagi Wanita Angkatan Muda pusat akan berlangsung pada 24 Mei ini,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Fuziah berkata PKR akan melaksanakan pemilihan parti di semua peringkat dengan pelbagai penambahbaikan untuk memastikan proses yang lebih telus dan inklusif.

Pemilihan itu, katanya akan memberikan tumpuan kepada undian secara elektronik (e-voting) bagi memudahkan proses dan meningkatkan kecekapan.

Pada 15 Disember lalu, PKR telah meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti untuk memperbaiki proses pemilihannya.
Pindaan tersebut mendapat sokongan penuh lebih dua pertiga perwakilan dalam Kongres Nasional Khas Keadilan.

Fuziah sebelum ini dilaporkan berkata sistem semasa, yang ingin diperbetulkan oleh pindaan tersebut, sering menjejaskan integriti proses pengundian, kerana ahli di peringkat akar umbi tidak mengetahui dengan terperinci mengenai calon dan sebaliknya akan mengundi berdasarkan keakraban atau mengikut kem.

Bendahari parti William Leong sebelum ini memberitahu Scoop bahawa sistem ‘satu ahli, satu undi’ PKR mempunyai kekurangan yang perlu diperbetulkan sambil mengekalkan prinsip demokrasi organisasi.

Sementara itu, mengulas lanjut, Fuziah turut memberitahu, MPP juga telah diberi taklimat proses pemutihan keanggotaan Keadilan yang sedang berjalan manakala proses pengesahan keanggotaan, pendaftaran mengundi untuk Pemilihan 2025 serta sistem pembayaran bagi yuran keanggotaan akan di mulakan pada 1 Februari ini.

“Ia akan berakhir pada 16 Mac 2025, yang akan di uruskendali oleh Pejabat Setiausaha Agung Keadilan,’’ katanya. – 26 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related