HEADLINES

Pembukaan Nadi pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif: MB

Aminuddin berkata Nadi diharap menjadi pusat rujukan ilmu dan teknologi kepada masyarakat serta membantu membangunkan generasi lebih celik teknologi

8:23 PM MYT

 

PORT DICKSON — Pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di setiap daerah dapat memupuk komuniti setempat mendalami ilmu teknologi dan berinovatif menerusi perkhidmatan pintar ditawarkan di pusat itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sejak Julai lepas, sebanyak 6,924 pengguna menyertai program perkhidmatan pintar yang disediakan di 62 pusat Nadi di negeri ini sekali gus membuktikan keberhasilan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperkasakan dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

“Saya dimaklumkan oleh pihak MCMC selain perkhidmatan pintar terdapat juga aktiviti berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi antara pemacu utama perubahan global.

“Kemudahan ini membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Nadi Chuah di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chuah Yew Boon Lye, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) Datuk Rozitta Sulaiman, Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan Mohamad Rizal Ahmad dan wakil Maxis Azizul Abdul Rahman.

Aminuddin berkata pembukaan Nadi berkenaan diharap menjadi pusat rujukan ilmu dan teknologi kepada masyarakat serta membantu membangunkan generasi lebih celik teknologi.

“Nadi merupakan platform memperkasa komuniti melalui inovasi digital dan inklusiviti. Masyarakat setempat perlu manfaatkannya untuk meningkatkan taraf hidup, mempertingkatkan kemahiran diri serta menjadi lebih proaktif dan inovatif,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung Hamzah Pokchi, 75, berkata pembukaan pusat  ini dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk menguasai teknologi terkini dengan lebih baik.

Sylvester Ayum, 15, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah pula berkata NADI menyediakan ruang yang selesa untuk dia melayari Internet. 

“Menerusi pusat ini saya dapat belajar bidang yang saya minati iaitu robotik dengan lebih mendalam,” katanya.

Bagi T. Preesha, 28, pelajar Universiti Multimedia Melaka, kemudahan yang disediakan di pusat ini sangat membantu pelajar sepertinya untuk menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah terutamanya ketika cuti semester.

“Tempat ini sangat bagus dan kemudahan yang disediakan sangat selesa terutamanya dari segi mencari bahan mengunakan Internet yang pantas dan lancar,” katanya. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related