HEADLINES

PKR beri bayangan jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan, proses rundingan sedang berjalan

Perundingan juga merupakan sebahagian daripada demokrasi, kata Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri menjelang pemilihan parti Mei ini

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR memberi bayangan jawatan utama terutama presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu Mei depan.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Scoop berkata, proses rundingan supaya jawatan utama tidak dipertandingkan sedang berlangsung ketika ini.

“Proses rundingan sedang berjalan di mana parti melihat supaya jawatan-jawatan utama tidak dipertandingkan.

“Kita bincang semua, termasuk jawatan presiden dan timbalan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau berkata, perundingan yang dilakukan oleh parti itu juga sebahagian proses demokrasi.

“Apabila tidak ada pertandingan pada pemilihan bermakna ada berlaku perundingan. Perundingan itu sebahagian demokrasi,” katanya.

Terdahulu, PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan bagi 2025-2028 akan diadakan pada 24 Mei ini.

Anwar, 77, dijangka terus memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti dan ia juga merupakan penggal akhir beliau sebagai presiden.

Perlembagaan parti hanya membenarkan setiap presiden memegang jawatan selama tiga penggal.

Sebelum ini penganalisis politik berpandangan prestasi dan kepimpinan cemerlang Anwar di pentas negara dan antarabangsa menyerlahkan jurang yang semakin ketara untuk mencari penggantinya dalam PKR.

Profesor Madya Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, keadaan ini menjadi cabaran kepada PKR untuk memastikan ‘orang nombor dua’ dalam parti itu juga perlu berkarisma lagi berwibawa untuk meneruskan legasi Anwar.

Beliau berkata, pelan peralihan kuasa yang teratur sememangnya perlu bagi sesebuah parti bagi memberi keyakinan kepada pengundi dan juga rakyat.

Katanya, selain Datuk Seri Rafizi Ramli dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kerap disebut sebagai pengganti, beberapa nama lain wajar dipertimbangkan terutamanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selain Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. – 1 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related