HEADLINES

‘Yang keluar sekejap boleh keluar selama-lamanya’: Zahid

Zahid berkata biarlah ahli Umno sedikit asalkan mereka taat kepada parti

4:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Umno yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti berkenaan boleh terus berbuat demikian, kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, biarlah ahli Umno sedikit asalkan mereka taat setia kepada parti.

Beliau turut memberitahu fokus utamanya kini ialah untuk menyatukan semula ahli Umno di peringkat akar umbi.

“Mereka yang telah tinggalkan parti itu, silakan. Yang keluar sekejap, keluar selama-lamanya pun tak mengapa. Jadi mana-mana yang ada tu harus mempunyai ketaatan kepada parti.

“(Lihat) kepentingan parti, jangan lihat kepentingan peribadi,’’ katanya.

Zahid berkata demikian menerusi rakaman audio siar Podcast Utama siaran Buletin Utama TV3.

Beliau yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyatakan Umno tidak memerlukan ahli yang bersifat sebagai ‘gunting dalam lipatan’ dan turut membidas mereka yang mengkritik parti berkenaan.

Dalam podcast itu juga, Zahid menceritakan bagaimana beliau kekal dalam Umno meskipun berdepan dengan ujian.

“Macam saya, 87 pertuduhan (mahkamah) jelas bahawa itu satu pertuduhan yang sengaja dibuat tetapi apabila saya pertahankan diri di mahkamah jelas 40 kes di Mahkamah Shah Alam dilepas dan dibebaskan, bukti dan saksi cerita perkara sebenar.

“47 kes di Mahkamah Kuala Lumpur pun saya jalani perbicaraan lebih tiga tahun dan saya tetap kekal dalam Umno dan tidak ada kekhuatiran walaupun tuduhan itu setelah saya diugut untuk bubarkan Umno dan sertai mereka.

“Harga yang saya bayar itu mahal kerana tak mahu sertai Perdana Menteri yang hanya 22 bulan jadi saya bayar… apa nak takut?,” jelasnya lagi.

Pada temubual berkenaan, Zahid memberitahu Umno sedang menyusun strategi untuk menjadikan parti berkenaan dominan semula menerusi beberapa kaedah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkannya dan akan berbincang dengan kepimpinan parti untuk menentukan hala tuju Umno. – 2 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related