HEADLINES

Caruman KWSP pekerja asing 2%: Anwar

Perdana Menteri berkata, kadar itu akan dikekalkan buat tempoh tertentu hingga keadaan ekonomi negara lebih baik

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing akan ditetapkan pada kadar 2%.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar itu akan dikekalkan buat tempoh tertentu hingga keadaan ekonomi negara lebih baik.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tempoh masa dasar berkenaan akan dikuat kuasakan.

“Cadangan awal adalah 12%, tetapi Kabinet telah mengambil pelbagai pertimbangan. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengekalkannya pada 2% buat masa ini, dan kami akan menunggu sehingga keadaan bertambah baik.

Pada ketika ini, kami akan mengekalkan kadar 2% dan meneruskan keputusan tersebut. Tidak ada kebimbangan mengenai kenaikan secara berperingkat. Jika tidak, kami sudah pasti meningkatkannya melebihi 2%, tetapi itu tidak berlaku,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Sebelum ini, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan komited untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP.

Katanya, cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa.

Terdahulu, pelaksanaan caruman wajib KWSP terhadap pekerja asing boleh menjadi mekanisme jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja dari luar.

Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli berkata, ia dicadangkan untuk mula dilaksanakan pada tahun 2027 dengan kadar dua peratus untuk majikan dan pekerja, secara berperingkat.

Menurutnya, banyak negara sudah melaksanakan dasar ini, baik negara-negara membangun apatah lagi negara-negara maju.

India antaranya yang mengenakan caruman 11% untuk majikan dan pekerja, Thailand pada kadar sekitar 5%, Australia pula pada 12%, Jerman pada 9%, dan Perancis antara yang tertinggi pada 18%. – 3 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related