HEADLINES

Domino’s Pizza akan tutup lebih 200 kedai tidak menguntungkan, sebahagian besar di Jepun

Kerugian di Jepun melibatkan kos kepada syarikat sebanyak $45 juta bagi rantau Asia namun terdapat pertumbuhan positif di Singapura, Taiwan dan Malaysia

6:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat gergasi Domino’s Pizza Enterprises mengumumkan akan menutup 205 kedainya yang tidak menguntungkan di seluruh dunia dengan sebahagian besar adalah di Jepun.

Dalam kenyataannya kepada pasaran saham Australia, penutupan itu termasuk 172 cawangan di Jepun dan di Perancis serta Australia.

Kerugian di Jepun melibatkan kos kepada syarikat sebanyak $45 juta di rantau Asia, namun terdapat pertumbuhan positif di Singapura, Taiwan dan Malaysia, lapor 9news.com.

Berita penutupan berkenaan juga menyaksikan saham Domino’s Pizza Enterprises di Australia melonjak sebanyak lebih 23.8% kepada A$36.68.

Ia merupakan keuntungan terbesar pernah dicapai dan mencapai peringkat tertinggi sejak 21 Oktober 2024, lapor Reuters.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Director Mark van Dyck dalam kenyataannya berkata, kebanyakan kedai-kedai yang terlibat dengan penutupan ini dibuka semasa pandemik Covid-19 dan menyaksikan lonjakan jualan.

“Bagaimanapun ia berhadapan dengan kesulitan selepas pandemik, yang menyaksikan penurunan permintaan dan kos input yang lebih tinggi.

“Kedai-kedai yang dipilih untuk penutupan ini mempunyai jumlah pesanan mingguan yang rendah dan keupayaan terhad untuk mencapai jumlah pesanan mingguan yang menguntungkan dalam masa terdekat,’’ katanya.

Syarikat berkenaan juga menjangkakan penjimatan tahunan sebanyak kira-kira AS$15.5 juta (RM9.74 juta) daripada penutupan 205 kedai yang merugikan.

Daripada 172 kedai yang bakal ditutup di Jepun, 114 diuruskan ibu pejabat manakala 58 adalah francais.

Jepun menyumbang satu perempat daripada keseluruhan 3,733 kedai Domino’s di seluruh dunia.

Dominos ketika ini mempunyai kira-kira 1,000 cawangan di Jepun namun tidak menjelaskan kedai mana yang terlibat dalam penutupan berkenaan.

Walaupun Domino’s Pizza adalah jenama Amerika, sebuah syarikat berasingan dikenali sebagai Domino’s Pizza Enterprises adalah francais induk untuk jenama tersebut di Australia.

Francaisi Australia juga mempunyai kedai-kedai Domino’s di New Zealand, Belgium, Perancis, Belanda, Jepun, Jerman, Luxembourg, Denmark, Taiwan, Singapura, Kemboja dan Malaysia. – 7 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related