HEADLINES

74 persatuan penduduk di ibu kota bimbang, tanah lapang awam diwartakan sebagai tanah untuk pembangunan

KLRA+ SD membangkitkan kepada PAC mengenai pembangunan di ibu negara dengan tanah yang sebelum ini dikhaskan untuk kegunaan awam telah menjadi tanah untuk pembangunan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD) yang mewakili 74 persatuan penduduk di ibu kota meluahkan kebimbangan susulan pertukaran Tanah Lapang Awam (TLA) menjadi tanah untuk kegunaan pembangunan.

Isu melibatkan proses penyahwartaan ini adalah antara yang dibentangkan oleh KLRA+SD, kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diadakan di Parlimen pada Rabu.

Setiausaha Kehormat persatuan KLRA+SD, Joshua Low ketika membentangkan mengenai beberapa isu penyah-wartaan tanah lapang awam di Kuala Lumpur pada PAC di Parlimen, pada Rabu. – Gambar KLRA+, 9 Februari, 2025

Menurut Setiausaha Kehormat persatuan itu, Joshua Low, pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) tidak dapat memberikan alasan kepada pembatalan rizab ini semasa sesi siasatan awam dijalankan pada Mei tahun lepas.

Jelasnya, tanah lapang awam adalah untuk maksud awam dan tidak seharusnya digunakan untuk pembangunan kediaman terutama jika tanah awam itu untuk zon penampan dan bagi tujuan mitigasi banjir.

Tanah untuk SK Taman Segar (kiri) telah menjadi tanah pembangunan (kanan).

Beliau memberi contoh mengenai tanah untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Segar dalam Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2020, telah bertukar menjadi tanah pembangunan dalam PTKL 2020.

“Contoh lain tanah tujuan awam menjadi tapak pembangunan swasta ialah Stadium Badminton KL di Cheras yang telah menjadi kondominium.

“Kami mendapati bantahan awam tidak dipertimbangkan semasa sesi siasatan awam dijalankan.

“Terdapat 1275 bantahan diterima pada sesi siasatan awam yang diadakan pada 20 Mei 2024 mengenai tanah lapang awam di kolam tadahan banjir Kg Bohol, tetapi tanah tersebut masih diluluskan untuk
tujuan pembangunan.

“KLRA+SD sebelum ini telah menghantar dua surat kepada Perdana Menteri iaitu sebelum dan selepas kelulusan diberi, tetapi tiada jawapan daripada pihaknya,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Joshua memberitahu, 11 negeri di di Semananjung Malaysia masih mengikut amalan mewartakan Pembatalan Perizaban (muktamad) dalam siri warta yang sama dengan Cadangan Pembatalan.

Namun, sejak 2020, PPTGWP telah mengubah amalannya dan pembatalan rizab tidak lagi dapat dikesan orang awam melalui portal Pejabat Peguam Negara (https://lom.agc.gov.my/index.php), menyebabkan ketelusan proses ini terjejas.

Persoalannya, kata Joshua kenapa PPTGWP perlu berbeza daripada lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia?

Joshua turut meminta supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan mengenai jumlah peratusan tanah lapang di Kuala Lumpur serta menyenaraikan semua tanah-tanah lapang melebihi satu ekar yang belum diwartakan.

Joshua memberitahu, berdasarkan pemantauan persatuan, pegawai PTGWP biasanya tidak dapat memberi jawapan kepada alasan dan latar belakang pembatalan rizab tanah lapang awam.

Malah dalam sesi siasatan awam, katanya, tidak ada wakil daripada DBKL selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

Justeru, KLRA+SD meminta Cadangan Pembatalan Perizaban tidak diwartakan dan sesi siasatan awam tidak diadakan sehingga Pelan Susun Atur dimuktamadkan serta siap untuk dibentangkan kepada awam dengan melibatkan pihak DBKL.

“Amalan pewartaan asal dikembalikan semula dengan warta Cadangan Pembatalan dan warta Pembatalan mudah dicapai oleh orang awam menerusi dalam talian di portal Pejabat Peguam Negara.

“Sebarang pembatalan perizaban tanah lapang awam dan kelulusan untuk zon penggunaan tanah serta pemilikan tanah harus mematuhi prinsip dan dasar yang ditetapkan sebelum ia dibentangkan kepada awam bagi tujuan siasatan awam KTN seksyen 64,’’ katanya. – 9 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related