HEADLINES

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin Covid-19, influenza

TH mengumumkan keperluan itu kepada bakal haji berumur 65 tahun dan ke atas serta individu yang dikategori berisiko tinggi

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin Covid-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tabung Haji (TH) melalui siaran akhbar semalam menyatakan keperluan vaksin Covid-19 dan influenza adalah kepada bakal haji berumur 65 tahun dan ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan.

Bagi pelaksanaan vaksinasi Covid-19, bakal haji yang terlibat boleh mendapatkan suntikan vaksin  secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mengikut janji temu yang ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera atau laman rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my.

“Janji temu bagi vaksin Covid-19 boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bermula 14 Feb dan individu boleh mendapatkan suntikan bermula 17 Feb. 

“Notifikasi peringatan janji temu juga akan dihantar melalui aplikasi MySejahtera sehari sebelum tarikh janji temu,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, bakal haji yang bukan dalam kumpulan sasar boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela di fasiliti kesihatan berkaitan setelah mendapat konsultasi daripada pegawai perubatan.

Sementara itu, bakal haji berumur 65 tahun ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza di mana-mana fasiliti swasta yang tersenarai dalam aplikasi MySejahtera atau fasiliti swasta yang boleh memuat naik Sijil Digital Vaksinasi ke aplikasi MySejahtera.

“Selaras dengan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan diumumkan baru-baru ini, bakal haji warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih. 

“Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari, dengan tarikh janji temu akan diberikan bermula 18 Feb,” menurut KKM.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan maklumat terkini dan panduan berkaitan vaksinasi kepada bakal haji boleh diajukan kepada KKM dan TH. – 15 Februari, 2025


Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related