HEADLINES

Lelaki OKU mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk jatuh hukum selepas laporan sosial diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk jatuh hukum selepas laporan sosial diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun lapan bulan di sebuah masjid di Batang Kali di sini pada 6.20 pagi, 21 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memberitahu mahkamah tertuduh merupakan pesalah mudah dan memohon agar satu tarikh sebutan diberikan oleh mahkamah bagi pihak pendakwaan mendapatkan laporan sosial.

Nurfadzlin kemudian mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali. – 27 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Related