HEADLINES

SPRM sahkan wartawan Malaysiakini ditahan atas dakwaan rasuah

Azam Baki berkata RM20,000 itu adalah sebagai balasan kerana tidak menerbitkan artikel

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Wartawan Malaysiakini yang ditahan semalam didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada ejen pekerja asing, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau mengesahkan kepada Scoop ketika dihubungi hari ini, sambil menambah wartawan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 16, Akta SPRM 2009 kerana didakwa meminta dan menerima rasuah.

“Suspek ditahan di bawah 16 Akta SPRM Rasuah 2009, kerana didakwa menerima wang tunai RM20,000 daripada pengadu kes,” kata Azam kepada Scoop.

Wang tunai berjumlah kira-kira RM20,000 juga telah disita.

Wartawan berkenaan ditahan di sebuah hotel di Shah Alam pada 11 malam semalam, direman selama empat hari bermula hari ini di bawah akta SPRM yang sama.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu Malaysiakini mengesahkan tangkapan berkenaan.

Dalam pada itu, sumber memberitahu suspek telah ditahan kira-kira jam 11.45 malam semalam di sebuah hotel di Shah Alam hasil aduan dan ‘trap’ yang dilakukan oleh pegawai penyiasat SPRM.

“Suspek ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah, bukannya sebab laporan berita yang ditulisnya mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) seperti yang dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM100,000 tetapi setelah berunding suspek bersetuju menerima ‘pendahuluan’ kira-kira RM20,000,” katanya. – 1 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related