HEADLINES

Kerajaan tidak cadang wajibkan pencarum Islam mencarum dalam simpanan syariah KWSP: PM

Namun kerajaan menggalakkan mereka berbuat demikian menerusi beberapa siri galakan dan penerangan berhubung instrumen kewangan syariah

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam untuk mencarum dalam simpanan syariah secara automatik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, beliau berkata kerajaan menggalakkan mereka untuk berbuat demikian menerusi beberapa siri galakan dan penerangan berhubung instrumen kewangan syariah, yang diharap mampu meningkatkan jumlah pencarum Islam dalam simpanan berkenaan.

Perdana Menteri berkata pencapaian KWSP yang mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024, akan memberi galakan kepada umat Islam untuk berpindah kepada simpanan syariah.

“Bagi saya kesan ini penting, kerana rekod ini dengan sendirinya akan beri galakan kepada umat Islam untuk berpindah kepada simpanan syariah.

“Jadi sebab itu kita tidak bercadang untuk mewajibkan, tetapi dengan bukti ini dan dengan beberapa siri galakan dan penerangan, kita harap jumlah ini akan dapat ditambah. Jadi tidak ada dasar untuk mewajibkan tetapi menggalakkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), jika kerajaan bercadang untuk mewajibkan pencarum Islam mencarum dalam simpanan syariah bagi mengelakkan simpanan mereka diragui dari segi halal dan haram.

Perdana Menteri berkata umat Islam perlu diberi penjelasan berhubung ilmu perbankan, seperti perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan dalam instrumen kewangan, bagi memastikan mereka lebih memahami manfaat daripada pilihan mereka.

Menjawab soalan tambahan Chiew Choon Man (PH-Miri) sama ada pencapaian KWSP baru-baru ini sebagai tanda kukuh asas ekonomi negara berada dalam keadaan baik, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu didorong keyakinan pelaburan kepada Dasar Ekonomi MADANI.

“Kita harus juga menyatakan penghargaan kepada pengurusan KWSP sendiri, kerana prestasi mereka serta ketelusan dan kecekapan yang menyebabkan kita mencatat rekod yang lebih baik.

“Setakat Disember 2024, 63 peratus jumlah pelaburan KWSP ialah pasaran domestik iaitu RM782 bilion, pertumbuhan ini 11 peratus ketimbang 2023. Bursa, peningkatan itu 12.9 peratus, ini satu peningkatan yang besar,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata pencapaian terbaik dalam tempoh tujuh tahun lepas itu juga disokong oleh dasar yang diperkenalkan kerajaan dan ketegasan serta beberapa langkah seperti reformasi institusi menerusi Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. – 4 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related