HEADLINES

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memberitahu mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam kakitangan stesen radio Era FM termasuk tiga penyampai radio itu hadir ke ke Bukit Aman hari ini bagi dirakamkan percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersendakan upacara agama lain.

Mereka termasuk penyampai radio Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir.

Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan, lapor Bernama

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memberitahu mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Setakat ini, 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan isu video terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati video itu sudah pun dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

Terdahulu, tiga penyampai radio era itu tampil membuat permohonan maaf kali berhubung penghasilan video kontroversi itu yang dilihat mempersendakan upacara tarian agama Hindu, selepas menerima kecaman hebat.

Mereka turut digantung daripada ke udara dalam segmen 3 Pagi Era oleh Astro Audio sehingga diberitahu kelak sementara siasatan dalaman dijalankan terhadap dakwaan tersebut.

Sementara Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial itu.

Fahmi berkata antara lain MCMC perlu memanggil Astro dan pengurusan stesen radio Era FM hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh. – 5 Mac 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related