HEADLINES

Tuduhan kerajaan berdiam diri apabila Islam dihina adalah fitnah, tidak berasas

Tunku Nashrul berkata, semuanya disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tuduhan dan persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas.

Setiausaha akhbar kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaida dalam taklimat harian di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata sesiapapun yang menghina akan disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum berdasarkan undang-undang sedia ada.

Tunku Nashrul memberi contoh di mana tindakan diambil dalam kes melibatkan kalimah Allah dipersenda menerusi jualan stokin di mana syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000 manakala seorang lelaki yang mempersenda perkataan ‘Allah’ didenda RM12,000 dan penjara enam bulan.

Sementara dalam kes seorang peniaga jagung meletakkan notis perkauman pula, dia dikenakan denda RM400 dan pelawak Harith Iskander serta Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.

“Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum dan kesemua tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara,’’ katanya menerusi taklimat yang disiarkan dalam Facebook Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Mengenai isu sindiran agama, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari wujud usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi “double standard” dalam mengambil tindakan.

“Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.

“Mengenai isu semasa melibatkan sindiran terhadap agama, Perdana Menteri memberi peringatan kepada semua supaya tidak menggunakan kesempatan ini untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman dan menanam bibit kebencian,’’ katanya.

Beliau berkata, ia adalah mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia.

“Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik,’’ katanya. – 6 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related