HEADLINES

Kes Ismail Sabri: 13 akaun dengan simpanan RM9.33 juta disita SPRM

Akaun berkenaan dikatakan milik individu termasuk empat yang ditahan SPRM sebelum ini

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 akaun dengan simpanan berjumlah RM9.33 juta yang terlibat dalam siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, akaun berkenaan disita susulan penahanan empat individu yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri ke-9 itu pada Februari lalu dan selepas Ismail Sabri diambil keterangan kali pertama pada 11 Februari, lapor Berita Harian.

“Akaun tersebut dikatakan milik individu termasuk empat yang ditahan oleh SPRM itu,’’ kata sumber itu.

Selain itu, SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan merakam percakapan Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera selepas cuti sakitnya (MC) berakhir esok.

Beliau sebelum ini dijadualkan dirakam keterangan pada Jumaat lalu namun tidak dapat berbuat demikian kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Ismail Sabri telah memberikan keterangan kepada SPRM pada 19 Februari lalu selepas membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Setakat ini, SPRM sudah merekod keterangan daripada 36 individu melibatkan 32 saksi dan empat yang ditahan sebelum ini.

Pada 2 Mac lalu, SPRM mengesahkan jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh agensi berkenaan dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan kepada Ahli Parlimen Bera itu.

Siasatan ke atas Ismail juga dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Sebanyak 23 saksi baharu belum direkod keterangan, manakala empat lain sedang disambung rakaman percakapan.

“Status dokumen-dokumen bank pula, permohonan dengan agensi telah pun dilakukan dan mereka masih dalam usaha penyediaan (dokumen) untuk diserahkan kepada SPRM,’’ katanya sumber, yang dipetik dari laporan media.- 11 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related