HEADLINES

Penyelesaian jangka panjang kawal inflasi perubatan sedang ditangani segera: Amir Hamzah

Meskipun langkah interim ini hanya dapat memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi namun isu pokok permasalahan ini masih terletak pada peningkatan inflasi kos perubatan

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak berkepentingan sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pihak berkepentingan itu termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan, hospital swasta dan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO).

Menurutnya, BNM sebelum ini telah mengumumkan langkah interim bagi mengekang impak kenaikan premium dan sumbangan insurans takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) kepada pemegang polisi.

Amir Hamzah berkata menerusi langkah interim itu, 80% pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium atau sumbangan tahunan kurang daripada 10 peratus yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan.

“Sebahagian besar kos pelaksanaan langkah interim di atas ditanggung oleh pihak ITO dengan menggunakan sumber keuntungan dan rizab yang terkumpul.

“Berdasarkan anggaran awal, impak kepada keuntungan industri dari langkah interim ini dianggarkan berjumlah RM2.6 bilion sepanjang dua tahun akan datang,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menurutnya, peningkatan berterusan inflasi kos perubatan merupakan punca utama menyebabkan kadar tuntutan MHIT semakin meningkat.

“Perlu ditekankan langkah interim ini hanya dapat memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi. Namun, isu pokok permasalahan ini masih terletak pada peningkatan inflasi kos perubatan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan melalui KKM mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh dalam menangani isu inflasi kos perubatan dan caj di hospital swasta untuk membendung kadar inflasi kos perubatan.

Antara lain, usaha itu akan merangkumi teras seperti pelaksanaan model pembayaran berdasarkan Diagnostic Related Group (DRG); transformasi reka bentuk produk MHIT; meluaskan pilihan kesihatan mampu milik; dan pelaksanaan rekod kesihatan elektronik, tambah beliau. – 11 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Related