HEADLINES

Individu cederakan pelajar ditamatkan khidmat sebagai mutawif serta-merta

Atlis Holidays dalam kenyataan berkata pihaknya sudah membuat laporan polis untuk melindungi perniagaan mereka

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Syarikat Atlis Holidays Sdn. Bhd. (Atlis Holidays) telah menghentikan khidmat individu yang terkait dengan kes mencederakan seorang remaja di Kajang, sebagai mutawif ditamatkan serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini, Atlis berkata, lelaki itu hanya bertugas sebagai mutawif secara separuh masa (freelance).

Atlis berkata, syarikat itu juga tidak pernah melantik individu itu sebagai penasihat syariah syarikat tersebut, seperti yang dipaparkan oleh lelaki terbabit pada profil di Facebooknya.

“Pihak kami telah membuat laporan polis untuk melindungi perniagaan kami dan tindakan pelaku tersebut yang memuat naik butiran profil Facebook yang mengelirukan masyarakat umum.

“Pihak kami juga membuat hebahan ini secara rasmi untuk menjelaskan bahawa pihak syarikat tidak mempunyai sebarang kaitan dan/atau tanggungjawab dan/atau liabiliti terhadap tindakan peribadi pelaku tersebut.

“Akhlak pelaku tidak mewakili keseluruhan syarikat,” katanya.

Pada 14 Mac lepas, media melaporkan mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

Berikutan itu, remaja lelaki berkenaan mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Siasatan yang dijalankan mendapati remaja itu tidak mempunyai lesen memandu dan dikenakan saman trafik.

Sementara Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah pula berkata individu berkenaan akan diharamkan daripada mengajar agama di Selangor sekiranya dia merupakan pemegang tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Atlis berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika terdapat komen-komen dan hantaran berbaur ancaman, ugutan dan fitnah yang dilemparkan susulan tindakan individu terbabit. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related