HEADLINES

Salim Fateh Din dilantik pengerusi lembaga penasihat pencegahan rasuah SPRM

Peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Februari lepas.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 1 Februari 2028, menurut maklumat di laman web SPRM.

Pemakluman pelantikan itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu pertemuan dengan Mohamad Salim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Rasidah Abdul Karim.

Menurut SPRM, pelantikan Mohamad Salim adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta SPRM 2009.

Mohamad Salim juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jawatan yang disandangnya sejak Mac 2023. – 19 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related