HEADLINES

Polis tahan Zamri Vinoth berhubung isu kuil

Zamri ditahan di Perlis dan akan dibawa ke mahkamah di Kangar, esok untuk perintah tahanan reman

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 41, berhubung satu hantaran yang dimuatnaik di Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hantaran berkenaan adalah berkait dengan penempatan semula tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di sini.

Beliau memberitahu, Muhammad Zamri ditahan di Perlis pada 3.30 petang tadi dan akan dibawa ke mahkamah di Kangar, esok untuk perintah tahanan reman.

Zamri kini ditahan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

“Satu laporan dibuat di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung catatan tersebut dan pengadu meminta polis siasat Zamri atas komen yang didakwa mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut Razarudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Kes disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Polis juga, ujar beliau telah merampas sebuah telefon bimbit Vivo untuk tujuan siasatan.

“Tindakan lanjut turut dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkaitan Facebook milik Zamri Vinoth,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Kumpulan Jakel berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Selasa lalu, pihak jawatankuasa Kuil berkenaan memaklumkan persetujuan telah dicapai dengan DBKL untuk berpindah ke tapak baharu berdekatan kawasan itu.

Tapak berkenaan terletak berhampiran kuil sedia ada dengan keluasan 4,000 kaki persegi. – 27 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related