HEADLINES

Kebakaran saluran paip gas: 111 dirawat di hospital, 13 masih di zon merah: Polis

Ketua Polis Daerah Subang Jaya berkata, daripada jumlah itu, 55 mangsa menerima rawatan di zon kuning manakala 43 lagi kategori zon hijau

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam dengan 13 daripadanya berada di zon merah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat daripada jumlah itu, 55 mangsa menerima rawatan di zon kuning manakala 43 lagi kategori zon hijau.

“Seramai 75 orang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan Hospital Cyberjaya manakala 36 mangsa mendapatkan rawatan di hospital lain, antaranya Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang, hari ini.

Wan Azlan berkata setakat ini seramai 529 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Masjid Putra Heights yang melibatkan 485 orang daripada 110 keluarga manakala 44 orang daripada lapan keluarga lagi berteduh di Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia).

Beliau berkata sebanyak 235 premis serta 399 buah kenderaan terjejas dalam kejadian itu.

“Setakat ini polis menerima 59 laporan, antaranya berkaitan rumah dan kenderaan terjejas, kecederaan serta isu tanah,” katanya.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran pa0da 8.10 pagi semalam berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB). – 2 April, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related