HEADLINES

Vincent Tan derma RM3,000, syarikat lain taja kenderaan pada mangsa kebakaran Putra Heights

Selain bantuan kewangan, syarikat-syarikat swasta turut membantu menaja kereta dan motosikal untuk kegunaan penduduk yang terlibat dalam kebakaran berkenaan

4:05 PM MYT

 

SUBANG JAYA — Tiga syarikat swasta tampil menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights di sini hari ini.

Mereka adalah Berjaya Corporation Berjaya (BCorp) yang menyumbangkan RM3,000 kepada 300 keluarga, manakala syarikat pemaju Matrix Concept Holdings Berhad (Matrix) menyalurkan RM3,000 kepada 100 keluarga.

Syarikat e-dagang kereta bersepadu, Carsome pula menaja 50 kereta untuk kegunaan mangsa kebakaran selama sebulan. Untuk fasa pertama hari ini, penyerahan kepada mangsa membabitkan 20 kereta.

Pada Isnin ini pula, terdapat syarikat yang bersetuju untuk menaja sebanyak 63 motosikal kepada mangsa kebakaran di Putra Heights.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau menghargai usaha beberapa syarikat yang tampil untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

“Jadi banyak syarikat korporat tampil kedepan menyampaikan bantuan dan sumbangan. Ini merupakan satu sumbangan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di perkarangan Stesen LRT Putra Heights hari ini.

Turut hadir Pengasas BCorp, Tan Sri Vincent Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Matrix, Chai Keng Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng.

Tambah Loke, kerjasama itu juga menunjukkan semua pihak berganding bahu dengan kerajaan untuk bersama membantu antara satu sama lain.

“Ia menunjukkan apabila kita ditimpa bencana dan kesusahan, semua pihak berganding bahu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk bersama membantu.

“Saya harap semangat ini menunjukkan satu semangat rakyat Malaysia yang kita boleh banggakan” katanya. – 5 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related