HEADLINES

“Kami dipertemukan hari ini dalam Masjid Negara, di bulan Syawal” Azmin kongsi pertemuan dengan Anwar

Azmin turut berharap pertemuan di Masjid Negara di bulan Syawal ini juga akan memberikan berkat kepada semua pihak

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas lama tidak bertemu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali hari ini dipertemukan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Masjid Negara.

Azmin, yang menulis di dalam Facebooknya berkata, beliau mengambil kesempatan untuk menyambut salam daripada Anwar.

Beliau juga berharap pertemuan di Masjid Negara di bulan Syawal ini juga akan memberikan berkat kepada semua pihak.

Azmin bersama-sama dengan pemimpin Bersatu yang lain termasuk Presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Menjelang Solat Zohor, saya menyambut salam dari YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Lama kami tidak bertemu. Kami dipertemukan hari ini di dalam Masjid Negara di bulan Syawal. Moga Allah SWT memberkati kita semua,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Turut hadir bersama Azmin dan Muhyiddin ialah pemimpin kanan Bersatu termasuk Datuk Radzi Jidin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta beberapa Ahli Dewan Undangan (Adun) (Selangor.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Ketua Pembangkang Selangor, pernah menjadi Timbalan Presiden PKR pada 2018 di mana Anwar adalah presiden parti berkenaan.

Pada 2020, Azmin bersama beberapa lagi ahli parti telah mengumumkan keluar dari PKR dalam Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu.

Sementara itu, video Anwar bersalaman dan menyapa Muhyiddin serta Azmin di Masjid Negara kini tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, kelihatan Anwar memegang bahu Muhyiddin sambil berbisik sesuatu dengan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Perdana Menteri kemudiannya menyapa dan bersalaman dengan Azmin yang berada di sebelah Muhyiddin.

Rata-raya komen yang diterima daripada orang ramai adalah positif dan menyifatkan pemimpin parti-parti politik itu melupakan ‘perseteruan’ mereka tatkala mereka hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Abdullah.

Allahyarham Abdullah, 85 yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang tadi.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad. – 15 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related