HEADLINES

Iklan kontroversi pada LRT: jenama produk penjagaan diri mohon maaf

HYGR mohon maaf iklan disalah erti berunsur perkauman, kempen bertujuan mempromosikan produk kebersihan

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan diri tempatan HYGR memohon maaf secara terbuka susulan visual iklan terbarunya pada salah satu tren Rapid KL Laluan Ampang/Sri Petaling yang disifatkan sesetengah penumpang sebagai berunsur perkauman.

Menurut syarikat berkenaan, ia tidak pernah berniat untuk menyinggung atau menyakiti hati sesiapa menerusi kempen iklan berkenaan.

“Pertama sekali, kami benar-benar memohon maaf. Tidak pernah menjadi niat kami untuk menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa melalui kempen ini.

“Kami memahami sebahagian daripada iklan tersebut telah mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan penonton dan kami mengambil tanggungjawab penuh,’’ katanya menerusi kenyataan.

Berikutan kontroversi berkenaan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengambil langkah segera dengan memperketat proses semakan iklan dan menegaskan visual iklan yang digunakan di gerabaknya bukan bertujuan menyentuh sensitiviti mana-mana individu atau komuniti.

Prasarana berkata visual terbabit telah melalui proses semakan dalaman dan luaran, termasuk penilaian dari aspek sensitiviti kaum, agama serta sosial sebelum dipaparkan.

Berikutan itu, Prasarana telah menarik balik iklan itu daripada tren yang terlibat.

Iklan berkenaan telah dipaparkan sepanjang laluan LRT Ampang/Sri Petaling dari pertengahan September 2024 hingga akhir Mac 2025.

Dalam pada itu, HYGR berkata, kempen itu bertujuan mempromosikan produk kebersihan seperti deodoran, pelindung matahari dan pelembap bibir, serta menggambarkan realiti kehidupan harian di Malaysia.

HYGR turut menjelaskan iklan tersebut bertujuan menunjukkan kepelbagaian budaya negara melalui watak-watak yang pelbagai.

Jelasnya, ia hanya bertujuan menggambarkan bau badan dalam keadaan panas dan sesak di tempat awam iaitu satu pengalaman biasa bagi rakyat Malaysia dan tidak merujuk kepada mana-mana kumpulan etnik, kata HYGR.

Syarikat itu juga memberitahu, walaupun kempen pengiklanan tersebut dijadualkan tamat pada 28 Mac 2025 namun pengalihannya tertunda kerana sambutan Aidilfitri.

HYGR memberi jaminan bahawa syarikat itu komited untuk mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut. “Kami mendengar anda, dan perkara ini amat kami kesali. Anda berhak sepenuhnya untuk berasa seperti mana yang anda rasa, dan kami menghormati sepenuhnya. Kami komited untuk menjadi lebih baik, lebih prihatin, dan belajar daripada pengalaman ini.” – 18 April 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related