HEADLINES

ASEAN tolak sebarang tarif dikenakan secara unilateral: Anwar

Perdana Menteri berkata ia bertentangan dengan prinsip perjanjian pelbagai hala

6:10 PM MYT

 

BANGKOK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.

Anwar, yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Thailand berkata beliau berpeluang membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra berhubung tarif baharu yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Beliau berkata mesyuarat menteri perdagangan dan menteri kewangan ASEAN yang diadakan baru-baru ini sebahagiannya bertujuan sebagai persiapan bagi rundingan berterusan berkaitan tarif unilateral yang dikenakan oleh AS itu.

“Kita telah membentuk konsensus ASEAN. ASEAN menyokong perdagangan bebas dan multilateralisme. Kita mengambil pendirian bahawa kita tidak bersetuju dengan sebarang pengenaan tarif secara unilateral, kerana ia bertentangan dengan prinsip perjanjian pelbagai hala,” kata beliau pada sidang media di akhir lawatan kerjanya ke Thailand, di sini, hari ini.

Anwar berkata pendirian ini mencerminkan konsensus kolektif ASEAN berhubung tarif yang dikenakan AS.

Sementara itu, Perdana Menteri berpuas hati dengan pendirian sama yang diambil oleh negara anggota ASEAN dan rakan serantau utama, termasuk Jepun dan New Zealand.

Anwar berkata beliau berbesar hati apabila Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon, dan pemimpin ASEAN secara kolektifnya bersetuju untuk mengguna pakai mekanisme pelbagai hala dan mengadakan dialog dengan AS.

Dilaporkan bahawa ASEAN dan juga Malaysia jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan tindak balas terhadap pengenaan tarif itu.

Pada 3 April, pentadbiran Trump melaksanakan tarif minimum 10 peratus ke atas import dari semua negara di bawah dasar perdagangan timbal balik dan tarifnya.

Negara anggota wilayah Indochina ASEAN merupakan antara yang paling terjejas akibat tarif itu dengan Kemboja dikenakan gabungan tarif dasar dan timbal balik berjumlah 49 peratus, diikuti Laos (48 peratus), Vietnam (46 peratus), dan Myanmar (44 peratus).

Thailand dikenakan tarif sebanyak 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia masing-masing sebanyak 24 peratus, Filipina 17 peratus, manakala Singapura pada tarif asas 10 peratus.

Bagaimanapun, tarif timbal balik itu kini ditangguhkan sementara selama 90 hari, kecuali tarif yang dikenakan ke atas China. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related