◉ HEADLINES

Ketua balai positif dadah ditukar serta merta ke Pulau Pinang

Tindakan tatatertib juga akan diambil ke atas pegawai polis terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua balai polis yang ditahan kerana yang didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu, telah ditukarkan serta merta ke Pulau Pinang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pegawai terbabit juga akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku jenayah, termasuk pegawai atau anggota pasukan tanpa mengira jawatan mahupun pangkat,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pegawai polis berpangkat ketua polis balai berumur 43 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ketika berada di sebuah pusat hiburan.

Ujian air kencing mendapati kehadiran empat jenis bahan terlarang di dalam tubuhnya, dipercayai akibat pengambilan jus yang dicampur dadah.

Menurut Rusdi, serbuan di pusat hiburan itu turut membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang pegawai polis, dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pegawai terbabit positif dadah.

“Tindakan tegas akan diambil. Pegawai itu melakukan kesalahan jenayah dan disahkan positif dadah, maka tindakan tatatertib akan menyusul,” katanya, lapor Bernama.

Beliau turut mengingatkan bahawa anggota polis tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan kecuali atas arahan dan tugasan rasmi, yang memerlukan kebenaran daripada pegawai atasan. – 21 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related