HEADLINES

Puad tempelak Hadi, ‘tak perlu tangguh haji, lebih baik tangguh kemenangan PAS’

Belum tentu PAS menang maka Islam akan tertegak, kemenangan di Kelantan dan Terengganu tidak membuktikan apa-apa, kata Puad

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak perlu menangguhkan ibadah haji dan umrah seperti desakan PAS.

Malah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menangguhkan kemenangan PAS tidak bermakna menangguhkan kemenangan Islam.

“Belum tentu PAS menang maka Islam akan tertegak. Apatah lagi kalau PAS menang di PRK Ayer Kuning.

“Setakat menang satu kerusi tidak mengubah kerajaan perpaduan di Perak,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit itu berkata, adalah lebih baik pengundi di Ayer Kuning menangguhkan kemenangan PAS.

“Menangguhkan kemenangan PAS bermakna menghentikan politik kebencian agama serta penggunaan ayat-ayat al-Quran dan hadis sesuka hati.

“Ia termasuk fatwa-fatwa politik yang mengelirukan,” katanya.

Mohd Puad berkata, PAS juga tidak membuktikan apa-apa apabila berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

“Apa kejayaan PAS? Tangguh kemenangan PAS. Jangan tangguh haji dan umrah,” katanya.

Ketika berceramah dalam kempen PRK DUN Ayer Kuning Ahad lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyeru umat Islam agar mengutamakan kemenangan dalam landskap politik negara, termasuk menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji ke Mekah.

Merujuk kepada pengajaran daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW, Hadi menegaskan penguasaan politik umat Islam ke atas penganut agama lain merupakan ketentuan Allah SWT.

Namun, Hadi mengulangi rungutan sebelum ini bahawa umat Islam di negara ini lebih cenderung menunaikan ibadah haji berbanding berusaha untuk menguasai pentadbiran negara.

“Utamakan kemenangan politik. Nabi nak tunaikan haji pun… nabi mendahulukan kemenangan politik daripada tunaikan haji dan umrah, boleh ditangguh (tunai haji), kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” katanya. – 23 April, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related