HEADLINES

Keputusan bantahan pemilihan cabang PKR diumum minggu depan: Dr Zaliha

Beberapa nama besar telah mengemukakan bantahan termasuk Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir

2:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Status bantahan melibatkan pemilihan beberapa cabanh PKR akan diumumkan pada minggu hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu, ia akan mengambil masa kerana jawatankuasa itu perlu meneliti semua bantahan dan aduan sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Akan ambil masa sebab kita kena teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad.

“Ada beberapa (bantahan) keputusan cabang dan kita akan umumkan dalam minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Pemilihan bagi jawatan PKR di peringkat cabang, wanita cabang dan AMK cabang bermula 11 April lalu dan berlangsung hingga 20 April lalu.

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan pula akan diadakan pada 24 Mei depan.

Beberapa nama seperti Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang gagal mempertahan jawatan Ketua Cabang Johor Bahru mengemukakan bantahan secara rasmi kepada JPP.

Pemimpin lain yang tewas juga mengambil langkah sama termasuk Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Timbalan Ketua Penerangan PKR Chua Wei Kiat (Selayang) dan Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam yang mengambil keputusan mengemukakan rayuan rasmi kepada JPP berikutan kekalahan tipis di Cabang Sungai Siput. – 25 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related