◉ HEADLINES

MCMC laksana 1,257 sesi pengujian MSQoS jalur lebar tanpa wayar setakat suku pertama 2025: Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, sebanyak 196 lokasi sesi pengujian adalah di Sabah

8:17 PM MYT

 

SANDAKAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan sebanyak 1,257 sesi pengujian standard mandatori bagi kualiti perkhidmatan (MSQoS) jalur lebar tanpa wayar di seluruh negara dalam suku pertama tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, sebanyak 196 lokasi sesi pengujian adalah di Sabah.

Beliau berkata berdasarkan aktiviti pemantauan dan kawal selia juga, sebanyak 135 notis di bawah Subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 telah dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi pada tahun ini.

“Tempoh 2023 dan 2024, sebanyak 46 penalti dengan jumlah kompaun keseluruhan sebanyak RM6.55 juta telah dikenakan kerana ketidakpatuhan kepada MSQoS,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengujian liputan Pusat Pelancongan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Arul Rajoo Durar Raj dan Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC Bukhari Yahya.

Beliau berkata MCMC akan terus melakukan pemantauan dan aktiviti kawal selia serta tidak akan teragak-agak menguatkuasakan instrumen undang-undang yang diperuntukkan dalam memastikan penyedia perkhidmatan patuh dengan keperluan standard liputan MSQoS sedia ada. 

Fahmi berkata MCMC juga bekerjasama rapat dengan pengendali rangkaian mudah alih agar syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa berusaha menambah baik kualiti perkhidmatan rangkaian dan liputan.

“Semua penyedia perkhidmatan diminta untuk memberi perhatian serius dan pantas dalam menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh rakyat,” katanya. – 26 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Anwar flags off LRT3: Shah Alam Line ready to roll for 2mil Malaysians

37.8km rail corridor linking Bandar Utama to Johan Setia begins service phase

◉ Related