HEADLINES

‘Jangan teragak-agak hukum pihak lengahkan projek’: Anwar

Agensi kerajaan turut digesa memperketatkan pemantauan projek, masalah rakyat segera diselesaikan

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi kerajaan supaya memperketatkan pemantauan projek dan tidak teragak-agak untuk menghukum pihak yang melengahkannya sehingga menjejaskan rakyat.

Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Perlis hari ini turut menggesa jentera kerajaan di semua peringkat agar segera mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek tanpa dibelenggu dengan kerenah birokrasi.

Beliau turut meminta jentera kerajaan persekutuan dan negeri untuk berani berfikir di luar kerangka lama bagi memecah kebuntuan, mempercepat penyelesaian masalah rakyat dan membina benteng ekonomi yang berdaya tahan.

Ia sekali gus mengangkat martabat rakyat dan negara di persada dunia.

“Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan negara mesti membina kekuatan dalaman dan daya tahan ekonomi untuk menghadapi ketidaktentuan geopolitik, termasuk kesan dasar tarif Amerika Syarikat,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Mesyuarat khas berkenaan turut disertai Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Anwar yang mengadakan lawatan ke Perlis menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Shukri telah membentangkan beberapa keutamaan pembangunan negeri, meliputi infrastruktur asas seperti jalan raya, kawalan banjir, pelancongan, pelabuhan dan pendidikan.

“Antara projek yang dibangkitkan termasuk pembangunan pelabuhan Sanglang, pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping, penyelesaian projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis dan naik taraf kolam takungan banjir Chuping.

“Mengambil kira kepentingannya, saya arahkan pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping dimulakan tahun ini, manakala projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu perlu segera diserahkan kepada syarikat kerajaan yang berkeupayaan,’’ katanya. – 27 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related