HEADLINES

Bekas Adun Nenggiri, Azizi tarik balik saman berhubung penamatan keahlian Bersatu

Hakim membatalkan saman itu dan memerintahkan Azizi membayar kos RM50,000 kepada Mohd Amar dan RM50,00 untuk Muhyiddin serta Hamzah

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim menarik balik saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, bagi mencabar penamatan keahlian beliau daripada Bersatu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Nur Irdina Syahirah Mohammad Wardi kepada Hakim Roz Mawar Rozain kerana ia menjadi akademik memandangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri telah berlangsung dan sudah mempunyai Adun baharu.

PRK Dun Nenggiri yang diadakan pada 17 Ogos tahun lepas, dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Asmawi Fikri yang memperoleh 9,091 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rizwadi Ismail, yang mendapat 5,739 undi.

Bagaimanapun peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selaku defendan, memohon Mohd Azizi membayar kos sebanyak RM250,000 kerana kes itu berkepentingan awam dan rumit.

“Pihak kami juga telah bertungkus lumus menyiapkan kes ini memandangkan ia melibatkan speaker yang merupakan satu jawatan penting dan boleh memberi kesan kepada badan perundangan negara selain kes ini membabitkan landskap pemilihan wakil rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Sementara peguam Chetan Jethwani yang mewakili Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Bersatu (ketika itu) Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai defendan, turut memohon Mohd Azizi membayar kos RM250,000 kepada kedua-dua anak guamnya.

“Saman ini tiada asas dan penghujungnya akan gagal. Ini terbukti dengan penarikan balik saman ini,” kata Chetan.

Hakim Roz Mawar kemudian membatalkan saman itu dan memerintahkan Mohd Azizi membayar kos RM50,000 kepada Mohd Amar dan RM50,00 untuk Muhyiddin dan Hamzah.

Azizi memfailkan saman pemula pada 24 Jun tahun lepas, dengan menamakan Muhyiddin, Hamzah dan Mohd Amar sebagai defendan.

Beliau mengambil tindakan undang-undang itu selepas keahliannya dalam Bersatu ditamatkan kerana memberikan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azizi memohon perisytiharan antaranya kerusi DUN berkenaan tidak kosong dan masih disandangnya.

Beliau menamakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin; Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Pada 2 Mac 2024, Bersatu telah meluluskan usul berhubung pelucutan keahlian bagi Ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan. Pindaan berkenaan melibatkan tambahan tiga perkara baharu dalam Fasal 10 Perlembagaan Bersatu. – 28 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related