HEADLINES

MCMC siasat pempengaruh didakwa sebar maklumat palsu

Dua sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit telah dilaksanakan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada Jumaat dan hari ini

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat palsu yang mengaitkan Institusi Diraja.

Menurut kenyataan MCMC, dua sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit telah dilaksanakan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada Jumaat dan hari ini, susulan aduan orang awam yang diterima pihak suruhanjaya mengikut peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Siasatan awal mendapati kandungan yang dikaitkan dengan pempengaruh berkenaan melibatkan penyebaran maklumat palsu yang tidak berasas dan mengaitkan Institusi Diraja,”.

“Selain itu, terdapat juga percubaan untuk mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC tindakan pempengaruh tersebut berpotensi mencetuskan kegusaran awam, menyebarkan fitnah, mengundang ancaman terhadap keselamatan individu yang terlibat, serta melanggar perundangan komunikasi dan perlindungan data peribadi.

MCMC menegaskan komitmennya untuk menyiasat semua aduan berdasarkan undang-undang tanpa mengira status, populariti, atau pengaruh individu yang terlibat.

“Setiap siasatan dijalankan secara profesional, berlandaskan prosedur yang adil serta mengikut peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998 dan merupakan langkah awal untuk mengumpul maklumat berkaitan,” menurut MCMC.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan bahawa sebarang penyebaran kandungan menyentuh isu 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja) bersifat mengancam, mengganggu atau menceroboh privasi individu adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan sedia ada. – 28 April, 2025

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related