HEADLINES

Siasatan ke atas Ismail Sabri baru selesai 15 ke 20 peratus: Azam Baki

Ismail Sabri akan dipanggil dalam satu atau dua minggu lagi untuk melengkapkan siasatan pengisytiharan harta yang kini baru mencapai 15 ke 20 peratus

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram masih di peringkat awal, dengan hanya kira-kira 15 hingga 20% daripada proses siasatan selesai setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Ahli Parlimen Bera itu juga dijadual memberikan lagi keterangan kepada SPRM dalam satu atau dua minggu lagi bagi melengkapkan siasatan pengisytiharan harta.

Jelasnya, siasatan kali ini adalah berhubung dengan pengisytiharan hartanya maka ia akan mengambil masa sedikit.

“Seperti mana saya sebutkan kali ini adalah berhubung dengan pengisytiharan hartanya. Jadi bila bercakap tentang siasatan melibatkan perisian harta ini memang akan mengambil masa sedikit.

“Dan adalah menjadi tanggungjawab beliau seorang yang telah diberi notis untuk menjelaskan punca dan sebagainya untuk untuk memuaskan hati kami sebagai agensi yang mengeluarkan notis berkenaan,’’ katanya.

Ismail Sabri telah diarahkan membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024 dan beliau membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Pada 3 Mac lalu, SPRM mengesahkan jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh agensi berkenaan dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan kepada Ahli Parlimen Bera itu.

Siasatan ke atas Ismail juga dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau juga sudah beberapa kali dipanggil bagi merakamkan percakapan bagi siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram. – 29 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related