HEADLINES

Anwar tolak dakwaan pemilihan PKR tidak adil, juruaudit antarabangsa teliti aduan

Anwar berkata isu ketidakadilan dalam pemilihan PKR tidak berbangkit hanya disebabkan ada aduan dan bantahan

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PKR telah melantik juruaudit antarabangsa bagi meneliti setiap aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada pemilihan cabang parti berkenaan baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menafikan wujud ketidakadilan pada pemilihan tersebut.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, isu ketidakadilan dalam pemilihan PKR tidak berbangkit hanya kerana ada aduan dan bantahan yang dikemukakan.

“Mengapa anda fikir ia tidak adil? Hanya kerana ada aduan maka ia tidak adil? Sangat prejudis.

“Hanya kerana ada orang yang mengadu, maka dikatakan tidak adil? Tidak. Jika ada aduan, kita akan teliti.

“Kini terdapat juruaudit antarabangsa yang sedang membuat semakan jika ada sebarang kesahihan. Soalan haruslah munasabah dan bukan bersifat prejudis,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berkata ahli PKR sekali lagi dinasihatkan untuk membuat aduan berkaitan salah laku dalam pemilihan parti 2025 hanya melalui saluran rasmi, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Menurut beliau, aduan itu akan disemak Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025.

Sebelum ini terdapat beberapa calon yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pemilihan dan meluahkannya menerusi media sosial.

Walaupun pemilihan di peringkat cabang telah selesai, pengundian bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat serta jawatan nasional untuk wanita dan pemuda akan diadakan pada 24 Mei ini. – 29 April, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related