HEADLINES

3 maut kemalangan di susur keluar Balakong, Lebuhraya Besraya awal pagi tadi: Bomba

Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 pagi.

10 anggota bersama dua jentera yang tiba di lokasi pada jam 6.07 pagi mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Menurut bomba, tiga mangsa lelaki dewasa didapati tersepit dalam kenderaan berkenaan, lapor Berita Harian.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan pada jam 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – 2 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related