◉ HEADLINES

Umum 100 peratus tarif terhadap filem luar negara, kekang “mesej dan propaganda”: Trump

Trump sifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara

9:57 AM MYT

 

WASHINGTON – Donald Trump terus mengejutkan dunia dengan mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100% ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata langkah tersebut bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.

“Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara,” katanya, lapor Anadolu Ajansi (AA)/Bernama.

Menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, Trump mendakwa ia merupakan satu bentuk “mesej dan propaganda.”

“Hollywood dan banyak sektor lain di AS sedang terjejas teruk. Ini adalah usaha bersepadu oleh negara-negara asing,” katanya.

Pada 3 April, pentadbiran Trump melaksanakan tarif minimum 10% ke atas import dari semua negara di bawah dasar perdagangan timbal balik dan tarifnya.

Negara anggota wilayah Indochina ASEAN merupakan antara yang paling terjejas akibat tarif itu dengan Kemboja dikenakan gabungan tarif dasar dan timbal balik berjumlah 49%, diikuti Laos (48%), Vietnam (46%), dan Myanmar (44%).

Thailand dikenakan tarif sebanyak 36%, Indonesia 32%, Brunei dan Malaysia masing-masing sebanyak 24%, Filipina 17%, manakala Singapura pada tarif asas 10%.

Bagaimanapun, tarif timbal balik itu kini ditangguhkan sementara selama 90 hari, kecuali tarif yang dikenakan ke atas China. – 5 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related