HEADLINES

Sokong Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden PKR: Shamsul Iskandar

Tersenarai dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List' sebagai antara 30 individu berpengaruh dilihat faktor turut menambah kredibiliti dan kekuatan kepimpinannya

8:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cabang PKR Melaka memberikan sokongan penuh kepada Nurul Izzah Anwar diangkat sebagai calon Timbalan Presiden PKR yang baharu.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah lambang keberanian, prinsip dan semangat reformasi.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya berkata, pengalaman Nurul Izzah
serta penglibatan aktif dalam masyarakat termasuk disenaraikan ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’ sebagai antara 30 individu berpengaruh dilihat faktor yang menambah kredibiliti dan kekuatan kepimpinannya.

“Kami, Ketua-Ketua Cabang PKR di Melaka, menyatakan sokongan terbuka dan penuh keyakinan kepada Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden PKR bagi sesi 2025–2028.

“Nurul Izzah adalah lambang keberanian, prinsip dan semangat reformasi. Pengalaman beliau sebagai naib presiden, Ahli Parlimen dua penggal serta pengiktirafan antarabangsa sebagai salah seorang Forward Thinkers membuktikan beliau bersedia memimpin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama itu turut mewakili empat lagi ketua cabang PKR dari Melaka iaitu Alor Gajah, Tangga Batu, Jasin dan Kota Melaka.

Beliau berkata, sokongan yang diberikan itu bukan soal personaliti atau warisan semata-mata, tetapi soal masa depan PKR.

“Kita perlukan pemimpin yang mampu menjambatani generasi, membawa nafas baharu serta pemikiran progresif dan berprinsip.

“Kami bersama Nurul Izzah. Demi reformasi. Demi masa depan,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Rizal Jamin berkata, semua cabang negeri itu turut memberikan sokongan kepada Nurul Izzah.

“Sehubungan dengan itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap amanah perjuangan ini ingin menyatakan sokongan terbuka dan penuh keyakinan kepada Nurul Izzah untuk menawarkan diri dan diangkat sebagai calon Timbalan Presiden PKR.

“Nurul Izzah dengan gelaran Puteri Reformasi bukan asing dalam pentas perjuangan PKR. Beliau telah membuktikan keteguhan prinsip dan iltizamnya sejak hari pertama gerakan reformasi digerakkan.

“Parti ini harus diwarisi oleh pimpinan baru yang segar dan bertenaga. Pencalonan beliau adalah soal masa depan PKR sebagai parti yang terus relevan dan diyakini rakyat,” katanya.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat pusat dijadualkan berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatannya, atas alasan mahu mengelakkan perpecahan dalaman selepas Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan kedudukannya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikatakan akan mencabar Rafizi, masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’. – 7 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related