HEADLINES

Nik Nazmi sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR, tawar 3 agenda utama

Tiga agenda itu adalah meneruskan program Felo Keadilan, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU16

9:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata tawaran itu adalah meneruskan program Felo Keadilan untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya akan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR,” katanya yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Setiawangsa dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau memohon sokongan semua ahli PKR untuk memberi kepercayaan kepadanya kerana parti itu mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepimpinan yang berwibawa.

“Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya.

“Pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika kita sedang diuji dengan kuasa,” katanya.

Selain Nik Nazmi, turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatan Naib Presiden ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. – 8 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related