HEADLINES

Pencalonan pemilihan PKR tamat, Anwar tidak dicabar

Menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pencalonan pemilihan parti itu berakhir 11.59 malam ini.

Bagaimanapun menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.  

Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing.

Berikut senarai calon yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028: 

  1. Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
  2. Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam)
  3. Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)
  4. Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
  5. Datuk Seri R. Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
  6. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)
  7. R. Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat) 
  8. Dr Sathia Prakash Nadarajan (Ketua Cabang PKR Hulu Selangor)
  9. Abun Sui Anyit (Ketua Cabang PKR Hulu Rajang/Ahli Dewan Negara)
  10. Hee Loy Sian (bekas EXCO Selangor)
  11. Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Institut Keusahawanan Negara)
  12. Manivanan Gowin (Ketua Cabang PKR Jempol) 

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim merupakan calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen  Ampang Rodziah Ismail.

Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 berlangsung selama dua hari bermula Khamis lepas secara dalam talian. 

Proses bantahan ditetapkan pada 11 dan 12 Mei ini, diikuti rayuan bantahan (13-14 Mei), tarikh akhir penarikan diri (14 Mei), senarai muktamad calon (15 Mei), tempoh kempen (15-22 Mei) dan pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru. – 10 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related