HEADLINES

Tragedi trak FRU: 3 jenazah anggota FRU selamat dikebumikan

Turut selamat dikebumikan awal pagi tadi ialah jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim

10:25 AM MYT

 

IPOH – Tiga jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam pagi semalam, selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, di sini pada 4.50 pagi.

Pengebumian anggota FRU berusia 33 tahun itu turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin serta kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai.

Jenazah dikebumikan mengikut istiadat pengebumian kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Noor Hisam menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Suriati Omar.

Sementara itu, jenazah Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru, di sini, kira-kira pukul 5.08 pagi.

Van membawa jenazah Mohd Roslan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4.43 pagi.

Allahyarham yang berasal dari Jengka, Pahang meninggalkan isteri Nur Aini Samiun, 44, serta tiga cahaya mata iaitu Muhammad Raqin Najmi Mohd Roslan, 13, Muhammad Rizqi Nazhan, 9, serta Nur Aqeela Rawida, 6.

Jenazah Koperal Amiruddin Zabri, 38, pula dibawa ke rumahnya di Kampung Sungai Itek di Gopeng sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong selepas subuh tadi.

Dalam pada itu, jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dibawa balik ke kediamannya di Lunas, Kedah dan dijangka dikebumikan pada 10 pagi ini.

Jasad Koperal Nurit Ak Pandak, 34, dan Sarjan S. Perumal, 44, masing-masing akan disemadikan di Kampung Batu Berangkai, Kampar pada 11 pagi dan Krematorium Buntong petang ini.

Terdahulu, sembilan jenazah dan jasad anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan pagi Selasa selesai diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi PDRM di FRU Unit 5, Sungai Senam, di sini pada 3.46 pagi. – 14 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related