HEADLINES

MOT perlu lengkapkan laporan kematian sembilan pegawai FRU dalam sebulan: Fahmi

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini

5:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan membentangkan laporan berhubung punca insiden mengorbankan sembilan nyawa pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan melibatkan trak yang mereka naiki di Teluk Intan, Perak, semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa laporan dari Menteri Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan.

“Laporan itu kemudian dibentangkan semula ke Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi, hari ini.

Kemalangan maut itu berlaku awal pagi semalam apabila konvoi kenderaan Unit 5 FRU dalam perjalanan pulang dari penugasan kawalan awam di Teluk Intan.

Konvoi tujuh kenderaan itu dalam perjalanan ke pangkalan mereka di Sungai Senam, Ipoh sebelum sebuah lori merempuh trak membawa anggota FRU.

Lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan dan tiga lagi dalam keadaan kritikal.

Susulan nahas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan itu.

Selain itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, dua siasatan akan dijalankan serentak oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti aspek-aspek yang bukan bersifat jenayah, di mana dari segi kenderaan, di bawah bidang Kementerian Pengangkutan, itu akan diteliti dan disiasat.

“Manakala siasatan oleh pihak PDRM diteruskan, jadi akan ada dua set siasatan untuk maklum semua,” katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan membabitkan kenderaan FRU yang meragut nyawa sembilan anggota keselamatan di Jalan Chikus – Sungai Lampan, Teluk Intan.

Katanya, pasukan khas yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat terdiri daripada pakar keselamatan serta wakil bebas. – 14 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related