◉ HEADLINES

‘PAS tak perlu jadi macam DAP, Umno, PKR untuk jadi parti sekular’, kata Mokhtar Senik

Kalau PAS nak kekal releven sebagai parti Islam, perlu kekalkan Presiden dan Timbalan Presiden dalam kalangan ulamak, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS perlu mengekalkan dua pemimpin utama iaitu Presiden dan Timbalan Presidennya dalam kalangan ulama sekiranya mahu kekal relevan sebagai parti Islam.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik berkata, PAS tidak perlu menjadi seperti DAP, Umno mahupun PKR untuk menjadi sebuah parti yang sekular.

Beliau turut mengingatkan ahli parti supaya tidak memandang remeh kepentingan dua jawatan kepimpinan utama parti itu.

“Kalau PAS nak kekal releven sebagai parti Islam, PAS perlu kekalkan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dikalangan ulamak. Kerana roh PAS ini adalah Islam.

“Mana mungkin orang yang tidak dapat menguasai ilmu Islam boleh meniupkan nafas Islam dalam jasad PAS.

“PAS tak perlu jadi macam DAP untuk jadi parti sekular. PAS tak perlu jadi Umno atau PKR untuk berubah wajah jadi parti sekular.

“Tapi cukup dengan dipimpin oleh pemimpin yang tidak mendalami ilmu Islam. Lama kelamaan jadi sekularlah PAS. Sekular versi PAS.

“Lalu jangan pandang remeh dengan dua posisi penting kepimpinan itu kalau anda ahli PAS yang masih sayangkan PAS yang asal,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, walaupun menurut demokrasi dan keterbukaan PAS, kedua-dua jawatan itu boleh dan sah dipertandingkan.

“Namun demokrasi, demokrasi la juga tapi jangan sampai jahanam PAS. Terbuka itu terbukalah juga, jangan sampai koyak rabak,” katanya.

Terdahulu, wujud desakan berterusan oleh pihak tertentu supaya dua jawatan tertinggi PAS iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Mokhtar adalah antara pemimpin PAS yang teguh dengan pendirian supaya dua jawatan tertinggi itu yang kini disandang Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden tidak dipertandingkan kerana menyifatkan PAS masih memerlukan ketokohan dua pemimpin berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, parti itu tidak menghalang pemimpinnya merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan September ini.

Malah katanya, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas terbuka untuk dipertandingkan dan tiada sekatan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin bertanding pada pemilihan tersebut. – 15 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

◉ Related